Polis Kedah Lancar Ops Cantas Ah Long

Diterbitkan: Isnin, 30 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Polis Kedah dengan kerjasama Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melancarkan Ops Cantas Khas Ah Long dalam usaha membanteras kegiatan sindiket pinjaman wang haram atau Ah Long dan menghapuskan iklan pinjaman wang haram.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah DSP Harison Othman berkata dalam operasi tersebut pihaknya menurunkan semua iklan haram tersebut yang diletakkan di tempat awam.

Bagi tempoh Januari hingga Disember ini, 10 kertas siastan telah dibuka dan 19 tangkapan dibuat berkaitan kes Ah Long manakala pada tahun lepas enam kertas siasatan dibuka dan tujuh suspek ditahan, katanya kepada pemberita dalam operasi menurunkan iklan pinjaman wang haram di Jalan Taman Rakyat di sini, isnin.

Katanya suspek boleh didakwa mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang Tanpa Lesen 1951 dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM250,000 hingga RM1juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.

Harison berkata polis akan mengesan individu atau sindiket menerusi nombor telefon yang dipamerkan dalam iklan tersebut dan akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengenal pasti identiti suspek.

Di KUCHING, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sarawak Supt Mohd Firdaus Abdullah berkata sembilan individu dipercayai terlibat kegiatan Along ditangkap di negeri ini bagi tempoh Januari hingga bulan ini.

Daripada jumlah itu, tiga orang telah didakwa di mahkamah kerana menjalankan kegiatan peminjaman wang tanpa lesen, katanya dalam sidang media selepas mengetuai Ops Cantas Khas untuk merampas dan menurunkan iklan pinjaman wang haram di sekitar bandar raya ini dan di Kota Samarahan.

Sebanyak 300 poster iklan berkenaan pinjaman wang segera dirampas dalam operasi itu yang turut disertai pegawai penguatkuasa Majlis Bandar Raya Kuching Selatan, Dewan Bandar Raya Kuching Utara dan Majlis Daerah Padawan.

Firdaus juga berkata nombor telefon pada iklan itu akan dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi tujuan siasatan dan tindakan.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan