Polis Buru Dua Lelaki Lepaskan Tembakan Ketika Merompak Di Besut

Diterbitkan: Isnin, 30 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Polis sedang memburu dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes rompakan sebuah kedai menjual telefon bimbit di Kampung Seberang Kastam, Kuala Besut Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K.Manoharan berkata pihaknya telah menemui beberapa petunjuk dan kini sedang memburu kedua-dua suspek yang berusia sekitar 20-an itu.

"Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di premis itu, kita berjaya menemui beberapa petunjuk dan usaha mengesan sedang dijalankan," katanya.

Dalam kejadian itu, perompak turut menembak seorang peniaga yang cuba membantu tiga jurujual wanita premis telefon bimbit itu.

Peniaga kedai makan tersebut yang kedainya terletak besebelahan premis itu tercedera pada perutnya dalam kejadian kira-kira pukul 2.55 petang itu.

Para perompak kemudiannya melarikan sejumlah telefon bimbit.

Manoharan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan