Lelaki Alami Gangguan Mental Maut Dibelasah Jiran

Diterbitkan: Isnin, 30 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki yang mengalami masalah gangguan mental mati selepas dibelasah jiran-jirannya di Guar Jering di sini malam Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata mangsa dikenali sebagai Zambri Yeop, 44, yang bekerja membersih ayam di sebuah pasar, mati ditempat kejadian akibat parah di kepala dalam kejadian pukul 10.30 malam itu.

"Siasatan awal mendapati mangsa bertindak mengejar beberapa jirannya dengan kayu dan memukul mereka. Ekoran itu, tiga daripada mereka bertindak mempertahankan diri dengan menyerangnya semula dan memukul mangsa hingga mati.

"Sebaik menyedari mangsa sudah tidak bernyawa, mereka meninggalkannya di tempat kejadian, tidak jauh daripada rumah mangsa," katanya.

Mazlan berkata beberapa penduduk kampung kemudiannya menghubungi polis.

Beliau berkata polis telah menahan tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu di sekitar Kubang Semang.

Katanya mereka yang berusia 19 hingga 26 tahun kini direman selama tujuh hari. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan