Peniaga Cedera Ditembak Perompak Di Kuala Besut

Diterbitkan: Ahad, 29 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Seorang peniaga nyaris maut akibat ditembak dua lelaki yang merompak sebuah kedai menjual telefon bimbit di Kampung Seberang Kastam, Kuala Besut pada Ahad.

Mangsa hanya luka di perut dan keadaannya dilapor tidak membimbangkan.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 2.55 petang apabila suspek yang menaiki motosikal menyerbu premis tersebut.

Mereka mengacukan pistol ke arah tiga pembantu kedai dan mengarahkan ketiga-tiga wanita berkenaan memasukkan telefon yang dipamer di premis itu ke dalam beg plastik yang dibawa para perompak, katanya.

Beliau berkata kejadian itu disedari seorang peniaga kedai makan yang terletak besebelahan kedai telefon itu yang cuba membantu, tetapi telah diacukan pistol oleh para perompak.

Kamaruddin berkata para perompak itu melepaskan tembakan ke arah peniaga berkenaan sebelum melarikan diri dengan motosikal mereka yang tidak mempunyai nombor pendaftaran.

Pihak polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di premis yang dirompak itu, katanya.- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan