Dua Pemuda Ditahan Dipercayai Miliki Dua Pucuk Pistol Tiruan

Diterbitkan: Ahad, 29 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Dua pemuda, masing-masing berusia 19 tahun, ditahan polis selepas dipercayai memiliki dua pucuk pistol tiruan ketika pemeriksaan di sebuah rumah kedai tanpa nombor di Kampung Kemumin, Pengkalan Chepa, di sini, awal pagi Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Baharu Supt Idris Abd Rafar berkata dalam serbuan kira-kira pukul 2.30 pagi itu, suspek pertama yang juga seorang pelajar, berada dalam keadaan mencurigakan ditahan di hadapan rumah kedai berkenaan dan pemeriksaan tubuh tidak menjumpai apa-apa barang yang menyalahi undang-undang.

Idris berkata anggota polis kemudiannya masuk ke dalam rumah kedai itu dan membuat pemeriksaan badan ke atas suspek kedua, seorang penganggur, dan tidak menjumpai apa-apa barang yang menyalahi undang-undang.

"Bagaimanapun, ketika pemeriksaan di sebuah bilik di rumah kedai tersebut kami menemui sepucuk pistol tiruan berwarna perak bertulisan Dam Wesson yang berisi enam butir peluru berwarna kekuningan dan sepucuk lagi pistol tiruan berwarna coklat kehitaman berisi satu kelopak kosong berwarna perak.

"Polis turut menemui kelopak kosong berwarna hitam dan sebungkus plastik cerah mengandungi bebola plastik kecil berwarna putih," katanya.

Selain memiliki senjata api tiruan, kedua-dua suspek turut ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kejadian pecah rumah di Pengkalan Chepa, katanya.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata api tiruan tanpa lesen. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan