Mayat Bapa Mangsa Lemas Di Tuaran Ditemui

Diterbitkan: Sabtu, 28 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Selepas hampir 12 jam hilang di laut, mayat Mojinis Langkum, 40, yang lemas ketika cuba menyelamatkan anaknya semasa mandi bersama-sama anggota keluarga semalam, ditemui kira-kira 500 meter dari tempat kejadian tengah malam Jumaat.

Mayat mangsa yang berseluar pendek putih hitam tanpa baju, ditemui terapung di pantai Kampung Lok Nunuk, Tuaran, dekat sini pukul 12.10 tengah malam.

Pada Jumaat, mayat anaknya Dickly Mojinis, pelajar tingkatan tiga, ditemui pada pukul 3.25 petang tidak jauh dari lokasi dia dilapor tenggelam.

Ketua Polis Daerah Tuaran DSP Abdul Fuad Abdul Malik ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Sementara itu, Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendy K Ramin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.30 tengah hari dan 18 anggota dikerah ke tempat kejadian menggunakan dua bot dan tiga kenderaan utiliti.

Ketua Penguat Kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Daerah Kota Kinabalu Kapten Maritim Zin Azman Md Isa dalam kenyataan berkata pihaknya mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat sekitar 1.40 tengah hari selepas menerima laporan melalui talian MERS 999.

Beliau berkata cuaca tidak menentu dengan keadaan laut yang diramal sedikit bergelora amat tidak sesuai untuk sebarang aktiviti di tepi pantai.

Sehubungan itu, Zin Azman berkata faktor keselamatan perlu diutamakan sekiranya ingin melakukan aktiviti riadah dan perkelahan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan