Pemilik Akaun FB Dipercayai Hasut Guling Kerajaan Akan Direman - Polis - Berita Jenayah | mStar

Pemilik Akaun FB Dipercayai Hasut Guling Kerajaan Akan Direman - Polis

Diterbitkan: Jumaat, 27 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis petang Jumaat akan memohon perintah reman terhadap pemilik akaun Facebook yang beroperasi dengan nama Asmaelz Hadzeny II bagi membantu siasatan berkaitan cubaan menghasut orang ramai menyertai perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan pada 31 Disember.

Jurucakap Polis Bukit Aman berkata siasatan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Lelaki berusia 25 tahun itu yang diburu polis sejak minggu lepas, dibawa ke Kuala Lumpur pagi ini setelah dia ditahan pada 11 pagi Khamis di Saratok, Sarawak.

"Dia dijangka dibawa ke Kompleks Mahkamah, Jalan Duta kira-kira 2 petang Jumaat," kata jurucakap itu ketika dihubungi Bernama. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan