APMM Tahan 26 Pati Di Perairan Pengerang

Diterbitkan: Jumaat, 27 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tanjung Sedili menahan 26 pendatang tanpa izin warga Indonesia di perairan Pengerang pada Jumaat.

Ketua Penguat Kuasa APMM Kapten Maritim Amran Daud berkata Sistem Pengawasan Laut (Swasla) di Johor mengesan sebuah bot pancung jenis gentian kaca berlegar-legar di perairan itu.

"Sebuah bot dikesan pada 6.30 pagi di kedudukan 1.9 batu nautika tenggara Tanjung Bulat dan hasil pemeriksaan mendapati seorang tekong serta 25 penumpang termasuk dua wanita berada di dalam bot itu," katanya dalam kenyataan, Jumaat.

Kesemua pendatang itu berusia antara 20 dan 49 tahun dipercayai dalam perjalanan dari Teluk Ramunia menuju perairan Indonesia dan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah, katanya.

Kesemua suspek kini ditahan reman. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan