Anak & Bapa Maut Dalam Nahas Di Beluran

Diterbitkan: Khamis, 26 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BELURAN: Seorang bapa dan anak perempuannya yang berusia dua tahun maut apabila kereta mereka bertembung dengan sebuah lori di Km 80m, Jalan Beluran-Telupid, Rabu.

Sementara isterinya yang berusia lingkungan 30-an dan seorang lagi anak lelaki mereka yang berusia empat tahun cedera dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Beluran ASP Kamaruddin Ambo Sakka berkata bapa tersebut Ahmad Rafaie Daud, 33, dari Sandakan mati di tempat kejadian sementara anaknya Nur Amani Batrissya meninggal dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Telupid.

Isteri mangsa mengalami cedera parah sementara anak lelakinya cedera ringan dan dirawat di Hospital Duchess of Kent Sandakan, katanya.

Beliau berkata kereta yang dipandu Ahmad Rafaie yang datang dari arah Telupid dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori tersebut yang dipandu seorang lelaki berusia 34 tahun.

Akibat dari pertembungan itu, kedua-dua kenderaan terbabas ke kanan jalan, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan