Polis Edar Gambar Suspek Cuba Rompak Syarikat Pinjaman Wang

Diterbitkan: Rabu, 25 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis telah mengeluarkan gambar perompak yang cuba merompak syarikat pemberi pinjam wang berlesen di Jalan Ipoh.

Imej mereka dirakam melalui CCTV di pejabat syarikat berkenaan dalam cubaan rompakan mereka yang tidak berjaya, pada Khamis.

"Kita tahu mereka melarikan diri menggunakan kereta Proton Wira ungu yang dilaporkan dicuri di Selangor baru-baru ini," kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat polis Kuala Lumpur, Selasa.

Dalam kejadian itu, suspek yang berusia lingkungan 30-an dan 40-an itu pada mulanya gagal memasuki premis itu apabila terperangkap antara laluan tangga dalam premis yang menempatkan syarikat itu.

Seorang daripada mereka yang berusia lingkungan 40-an dan memakai topeng melepaskan enam das tembakan ke arah pintu hadapan dan ruang tamu syarikat itu yang terletak di tingkat satu untuk melepaskan diri.

Hasil rakaman CCTV mendapati empat lelaki bersama seorang wanita cuba untuk memecah masuk syarikat itu.

Perompak kemudian melarikan diri dengan tangan kosong.

Polis dapat menahan wanita itu bersama seorang suspek lelaki sementara tiga lagi rakan mereka dapat meloloskan diri.

Khairi berkata hasil siasatan mendapati wanita berkenaan hanya kebetulan melalui premis terbabit untuk berurusan pinjaman wang ketika rompakan berlaku dan tidak terlibat dalam cubaan rompakan itu.

Wanita berkenaan telah dibebaskan.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan