Dua Pemandu Lori Maut Dalam Kemalangan Berhampiran Gua Tempurung

Diterbitkan: Rabu, 25 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Dua pemandu maut akibat cedera parah di kepala selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah lori di Kilometer 300.4 Lebuhraya Utara Selatan, laluan ke utara di sini, Rabu.

Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata dalam kemalangan pada 9.15 pagi, pemandu lori tangki Mohd Iswad Ramli, 33, beralamat di Felda Palong 8, Gemas, Negeri Sembilan dan seorang lagi pemandu lori yang belum dikenal pasti identitinya maut di tempat kejadian.

"Siasatan mendapati lori tangki yang dipandu Mohd Iswad telah berhenti di lorong kecemasan sebelum sebuah lori lain yang dipandu seorang lelaki merempuh bahagian belakang kenderaannya itu kerana tidak sempat menekan brek," katanya ketika dihubungi di sini Rabu.

Beliau berkata ketika kejadian, Mohd Iswad yang berada di luar kenderaannya untuk membuat pemeriksaan tayar telah dilanggar dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Pemandu lori yang belum dikenal pasti itu juga maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala selepas kemalangan berlaku. Kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Hospital Kampar untuk bedah siasat," katanya.

Ng berkata semasa kejadian keadaan jalan adalah lurus dan cuaca juga baik.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan trafik kira-kira 10 kilometer di laluan utara lebuh raya itu dan keadaan kembali lancar empat jam kemudian, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan