Buang Bayi Dari Bilik Air, Mahasiswa Universiti Ditahan

Diterbitkan: Rabu, 25 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang mahasiswa universiti bertindak membuang bayi lelaki cukup sifat yang dilahirkannya keluar dari bilik mandi, malam Selasa.

Walau bagaimanapun, ibu saudaranya yang mendapati gadis berusia 18 tahun itu mengalami pendarahan dan menemui kesan darah di bilik mandi bergegas membawanya ke hospital.

Polis kemudian menemui bayi yang mati di luar rumah di bahagian bawah bilik mandi.

Difahamkan remaja itu berkunjung ke rumah ibu saudaranya di Kampung Batang Tiga di sini pada malam Selasa dan tidak menyangka akan melahirkan bayi.

Dia telah merahsiakan kehamilannya selama sembilan bulan.

Apabila tidak keluar dari bilik air selepas 45 minit, ibu saudaranya, dalam lingkungan usia 60-an memutuskan untuk memeriksa dan mendapati terdapat pendarahan.

Dia dikejarkan ke Hospital Melaka kira-kira pukul 9 malam dan doktor mendapati bahawa dia baru bersalin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, polis berjaya menemui mayat bayi di luar rumah berhampiran bilik air pada malam yang sama kira-kira pukul 1 pagi.

"Kes ini sedang disiasat sebagai kes bunuh," katanya ketika dihubungi di sini, Rabu.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan