Dua Lagi Ditahan Berhubung Kes Rompakan Cip Mikro

Diterbitkan: Selasa, 24 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis menahan dua lagi lelaki berhubung kes rompakan cip mikro bernilai RM800,000 milik sebuah kilang elektronik di Zon Perindustrian Bebas (FIZ) Bayan Lepas di sini Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A. Thaiveegan berkata, mereka yang berusia sekitar 30-an dan 40-an itu ditahan di Ipoh, Perak sehari selepas kejadian.

Setakat ini, polis menahan tiga lelaki termasuk seorang pemandu lori berusia 40-an yang ditahan pada malam kejadian.

"Seorang dari suspek ada rekod jenayah dadah. Sasaran kita kini ialah untuk menjejaki suspek utama yang dipercayai berada di luar Pulau Pinang," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Thaiveegan berkata, siasatan masih dijalankan sementara baki 10 kotak cip masih belum ditemui.

Beliau juga berkata nilai cip mikro yang keseluruhan terdapat dalam 22 kotak dan dirompak pada pukul 9 malam itu sebenarnya bernilai RM1.5 juta dan bukan RM5 juta seperti yang dilaporkan terdahulu.

Daripada jumlah 22 kotak cip itu, sebanyak 12 kotak ditemui semula dalam sebuah lori berhampiran tempat kejadian setelah polis mengesan kedudukan lori itu menerusi sistem penentu kedudukan global (GPS).

Polis percaya rompakan itu turut membabitkan orang dalam. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan