Cubaan Dua Penjenayah Rompak Rumah Timbalan Menteri Dalam Negeri Gagal

Diterbitkan: Selasa, 24 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Cubaan dua penjenayah memecah masuk kediaman Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, di Jalan Tengah, di sini, gagal selepas penggera keselamatan yang dipasang berbunyi, awal pagi Selasa.

Wan Junaidi dan keluarga sedang bercuti ketika insiden itu berlaku.

Dua anggota polis dan tiga anggota Pasukan Relawan Malaysia (Rela) yang berada di pondok pengawal rumah Wan Junaidi, terdengar bunyi penggera keselamatan kira-kira pukul 3.15 pagi.

"Apabila mereka memeriksa rumah tersebut, dua suspek dilihat bertempiaran lari kerana terkejut dengan bunyi kuat penggera berkenaan. Mereka cuba untuk mengejar suspek tetapi gagal.

"Ketika pemeriksaan, suspek dipercayai cuba mengumpil tingkap untuk menceroboh masuk melalui sebuah rumah kosong.

"Pemeriksaan awal mendapati suspek gagal untuk menceroboh masuk dan tiada kerugian dilaporkan," kata Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad.

Usaha untuk mendapatkan komen Wan Junaidi tidak berhasil kerana beliau tidak dapat dihubungi.

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan