Polis Teliti CCTV Kes Curi Cip Mikro Bernilai RM5 Juta Di FIZ Bayan Lepas

Diterbitkan: Isnin, 23 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup bagi mengenal pasti suspek utama kes rompakan cip mikro yang dianggar bernilai RM5 juta di luar sebuah kilang elektronik di Zon Perindustrian Bayan Lepas di sini Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Polis Pulau PinangDatuk A. Thaiveeganberkata suspek dipercayai lebih daripada seorang disyaki telah keluar dari Pulau Pinang.

"Kita turut akan kerjasama dengan polis dari kontinjen Perak, Kedah serta negeri berhampiran untuk menjejaki suspek dan minta orang ramai yang melihat pergerakan individu mencurigakan menghubungi balai polis berdekatan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis dialog Komuniti Skim Rondaan Sukarela, Rukun Tetangga, Pasukan Peronda Sukarela dan Pertubuhan Pasukan Keselamatan Sukarelawan Daerah Barat Daya Bersama Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, di sini malam Sabtu.

Beliau berkata polis menyiasat kes berkenaan daripada pelbagai aspek secara terperinci termasuk melihat kemungkinan jenayah itu melibatkan 'orang dalam'.

Dalam kejadian pukul 9 malam itu, sebuah lori dengan muatan 22 kotak cip mikro yang dianggar bernilai RM5 juta dilapor hilang selepas pamandunya meninggalkan kenderaan itu sebentar untuk mengambil dokumen di dalam kilang berkenaan.

Polis bagaimanapun berjaya mengesan lori yang dilengkapi sistem penentu kedudukan global itu kira-kira pukul 11.30 malam, tidak jauh dari lokasi kejadian serta menahan seorang lelaki berusia 40-an yang memandu kenderaan itu.

Bagaimanapun hanya 10 kotak cip mikro yang ditemui manakala 12 kotak lagi yang kandungannya dianggar bernilai lebih RM2 juta telah hilang. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan