Ops Harga: RM12.6 Juta Barangan Dirampas di N. Sembilan

Diterbitkan: Isnin, 23 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) merampas sejumlah barangan bernilai RM12.6 juta dalam Ops Harga di negeri ini bagi tempoh bermula Julai hingga 19 Disember lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Abu Ubaidah Redza berkata rampasan itu membabitkan 224 kes di bawah Akta Kawalan Harga serta Antipencatutan 2011.

"Kebanyakan kesalahan yang dilakukan oleh peniaga adalah menaikkan harga barangan kawalan sesuka hati dan tidak mempamerkan harga barangan seperti yang dikehendaki. "Bagi tempoh sama, sebanyak RM71,200 nilai kompaun berjaya dikutip daripada peniaga yang melakukan kesalahan di bawah akta berkenaan," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2013 Negeri Sembilan pada Isnin.

Beliau berkata kerajaan negeri bersama PPDNKK akan terus memantau serta menjalankan operasi dari semasa ke semasa, terutama di musim perayaan ini, dan mengambil tindakan terhadap peniaga yang melakukan kesalahan di bawah akta itu.

Dalam pada itu, Abu Ubaidah berkata meskipun sering kali diingatkan, orang ramai masih mudah terpedaya dengan 'Skim Gores dan Menang' apabila sebanyak 101 kes dilapor di negeri ini, yang membabitkan kerugian RM1.3 juta, sejak Julai lepas.

Beliau berkata kebanyakan yang ditipu ialah mereka yang sudah bersara dan mereka akan dipujuk untuk membuat bayaran sehingga puluhan ribu ringgit, kononnya bagi memenangi hadiah lebih lumayan.

"Mangsa yang tidak mempunyai wang tunai di tangan akan diminta mengeluarkan simpanan di bank, dan ada juga diminta menggadaikan barangan kemas, dan (mereka) akhirnya akan menyedari diri ditipu setelah tidak mendapat hadiah lumayan yang dijanjikan," katanya.

Abu Ubaidah juga berkata selain polis, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan PPDNKK bagi memantau kegiatan penipuan skim itu di negeri ini yang kebanyakannya tertumpu di pusat beli-belah.

Beliau berkata orang ramai perlu sentiasa berwaspada dengan taktik dan tipu helah pihak tertentu cuba menawarkan hadiah lumayan yang dikenakan bayaran. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan