Nelayan Jumpa Mayat Terdampar Di Pulau Berhampiran Jambatan P.Pinang

Diterbitkan: Ahad, 22 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Sekumpulan nelayan menemui mayat lelaki dipercayai warga asing dalam keadaan berbungkus dengan tilam terdampar di sebuah pulau kecil berdekatan Jambatan Pulau Pinang, pada Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt Ismail Idris berkata, mayat lelaki itu dijumpai pada pukul 5.30 petang dan dia dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dicampak ke dalam laut.

"Berdasarkan keadaan mayat yang kembung kita percaya dia telah meninggal dunia sejak dua hari lepas," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Ismail berkata, polis masih menyiasat punca kematian mangsa.

Mayat itu kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Pulau Pinang. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan