Bekas Penyelia Teknikal Percetakan NSTP, Isteri Maut Dilanggar Lori

Diterbitkan: Ahad, 22 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MARANG: Sepasang suami isteri maut setelah kenderaan yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan di Km 47, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berdekatan Kampung Pasir Putih, di sini petang Sabtu.

Kemalangan kira-kira 5.00 petang itu berlaku apabila sebuah lori seberat satu tan yang dalam perjalanan dari arah Dungun ke Kuala Terengganu dikatakan memotong sebuah kenderaan sebelum bertembung dengan kereta mangsa yang datang dari arah bertentangan.

Akibat rempuhan itu, Mohamed Hanafi Abdul Manaf, 62, bekas Penyelia Teknikal Percetakan NSTP di Kuala Lumpur, dan isterinya Rabiah Mat Hussin, 55, yang berasal dari Dungun maut di tempat kejadian.

Pasangan terbabit cedera parah di bahagian kepala selain kecederaan dalaman serta patah kaki.

Manakala pemandu lori terbabit dan kelindannya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah, DSP Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan