496 Pengawal Keselamatan Warga Asing Ditahan

Diterbitkan: Ahad, 22 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 496 orang pengawal keselamatan warga asing ditahan dalam operasi bersepadu yang dijalankan sejak 1 Nov hingga 17 Dis lepas.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata daripada jumlah itu, 461 ditahan kerana menjadi pengawal keselamatan warga asing haram dan 35 orang lagi kerana menggunakan kad pengenalan palsu atau milik orang lain.

Beliau berkata kesemua ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan bersepadu oleh KDN, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara yang diselaraskan di bawah sebuah Task Force bermula 1 Nov sehingga suatu tempoh masa yang akan ditentukan kelak.

"Operasi dijalankan secara berterusan bagi menangkap pengawal-pengawal keselamatan warga asing haram dan juga bagi memantau kesalahan yang dilakukan oleh syarikat–syarikat kawalan keselamatan di seluruh negara," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata KDN juga telah mengeluarkan 30 surat tunjuk sebab kepada syarikat kawalan keselamatan yang didapati melanggar peraturan di bawah Akta Agensi Persendirian 1971.

Katanya sejak 2010 hingga kini, KDN telah menggantung dan membatalkan lesen 43 buah syarikat kerana pelbagai kesalahan di bawah akta tersebut.

Menurutnya, antara kesalahan adalah menggunakan pengawal keselamatan yang memegang kad pengenalan palsu dan menggaji pengawal keselamatan warga asing haram.

Kesalahan lain adalah menggunakan pengawal keselamatan bersenjata yang tidak memiliki lesen membawa dan mengguna senjata api dan tidak melakukan tapisan keselamatan terhadap pengawal keselamatan warga tempatan, katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan