11 Wanita Warga Filipina Ditahan Di Batu Sapi, Sandakan

Diterbitkan: Ahad, 22 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Seramai sebelas wanita warga Filipina ditahan dalam serbuan Op Cantas Khas Laut di sebuah rumah atas air di kawasan Kampung Sundang Laut, Batu Sapi di sini kira-kira pukul 4 petang Jumaat.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Madun berkata kesemua wanita yang berumur dalam lingkungan 21 hingga 35 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis marin kerana tidak mematuhi peraturan memasuki negara ini.

"Mereka memiliki pasport namun tidak mendapat endosmen daripada Jabatan Imigresen; dipercayai datang ke negeri ini untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

"Mereka didapati tidak memiliki pas lawatan yang sah dan disyaki menyusup masuk ke daerah ini melalui jalan laut kemudian mendarat tidak melalui pintu masuk yang diwartakan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.

Menurut Mohamad polis marin turut menahan tuan rumah itu, seorang lelaki warga tempatan berusia 57 tahun yang disyaki melindungi pendatang tanp

Kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 bagi wanita terbabit dan jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau tidak lebih lima tahun penjara atau kedua-duanya dan hendaklah juga bertanggungan kepada sebatan tidak lebih daripada enam sebatan.

Manakala lelaki yang melindungi warga asing pula, akan disiasat mengikut Seksyen 55(e) akta yang sama dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM30,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap imigran haram yang dijumpai di premis.

Mohamad menegaskan bahawa pasukan polis marin akan terus mempergiat usaha dalam membanteras aktiviti kemasukan pendatang tanpa izin ke negeri ini dengan melakukan rondaan di kawasan perairan dan meningkatkan pengumpulan maklumat risikan.

Beliau berkata bagi sebarang maklumat berhubung sebarang kegiatan jenayah di laut, sungai dan persisiran pantai Sabah khususnya Sandakan orang ramai dialu-alukan menghubungi pejabat polis marin di talian 089-221423 / 221424 / 221453. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan