23 Warga Asing Ditahan Dalam Ops Cantas Khas Bersepadu Polis

Diterbitkan: Sabtu, 21 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menahan 23 warga asing dalam Op Cantas Khas Bersepadu berkaitan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959 di Jalan Genting Klang, di sini Jumaat malam.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata mereka yang ditahan dalam sekatan jalan berhampiran Setapak Golf Range di sini terdiri daripada enam lelaki Somalia, enam lelaki dan empat wanita Indonesia, empat lelaki Turki dan seorang lelaki masing-masing dari Libya, Iraq dan Sudan.

Mereka yang berumur lingkungan 20 hingga 35 tahun itu akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)C Akta Imigresen 1959 kerana tidak memiliki pasport dan Seksyen 15 (1)C akta sama kerana tinggal melebihi tempoh, katanya kepada pemberita selepas operasi lima jam bermula 11 malam itu.

Dalam operasi itu juga, polis menahan tujuh lelaki tempatan atas pelbagai kesalahan bersangkut dengan dadah.

"Masing-masing daripada mereka ditahan kerana memiliki ganja, mempunyai dua biji pil dipercayai ecstacy, memasukkan dadah ke dalam badan dan kerana menagih dadah," katanya.

Bagi kesalahan trafik pula, sebanyak 105 saman dikeluarkan kepada pemilik kenderaan motosikal atas pelbagai kesalahan, manakala sembilan buah motosikal disita kerana tiada cukai jalan.

Operasi itu dijalankan bersama Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan