Seorang Maut, Empat Parah Kereta Langgar Pokok

Diterbitkan: Jumaat, 20 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang maut manakala empat parah apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar pokok di Km 44, Jalan Kuantan-Kemaman berhampiran Kampung Kubang Ikan, Cherating dekat sini, Khamis.

Dalam kejadian 7.30 pagi itu, pemandu kereta, Wan Ahmad Firdaus Wan Hasin, 19, dari Kampung Bukit Kuang, Kemaman, mati di tempat kejadian.

Pemangku Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, ASP Zainalabidin Othman berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat manakala yang parah dibawa ke Hospital Kemaman.

"Kesemua mangsa yang tersepit di dalam kereta jenis Proton Saga itu dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Zainalabidin berkata lelaki lima sahabat itu bekerja di sebuah kilang di Gebeng dan ketika kejadian mereka dalam perjalanan ke tempat kerja.

"Ketika kejadian hujan agak lebat dan siasatan awal mendapati pemandu itu gagal mengawal kenderaan sebelum kenderaan dipandu terbabas akibat permukaan jalan licin," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan