Polis Tahan Dua Lelaki, Rampas Dadah Bernilai RM130,000

Diterbitkan: Jumaat, 20 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RAMPASAN DADAH...Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang, Supt. S. Batumalai menunjukkan peralatan memproses dadah pada sidang media mengenai rampasan dadah di Ibupejabat Polis Kontijen (IPK) negeri di George Town pada Khamis. Polis menahan dua lelaki dipercayai anggota sindiket menjual dadah di negeri ini dan merampas 3.1kg ketamin dan 2,250 biji pil Eramin 5 bernilai RM130,000, di Tanjung Bungah.
-- foto BERNAMA
RAMPASAN DADAH...Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang, Supt. S. Batumalai menunjukkan peralatan memproses dadah pada sidang media mengenai rampasan dadah di Ibupejabat Polis Kontijen (IPK) negeri di George Town pada Khamis. Polis menahan dua lelaki dipercayai anggota sindiket menjual dadah di negeri ini dan merampas 3.1kg ketamin dan 2,250 biji pil Eramin 5 bernilai RM130,000, di Tanjung Bungah.
-- foto BERNAMA

GEORGE TOWN: Polis menahan dua lelaki dipercayai anggota sindiket penjualan dadah di negeri ini dan merampas dadah bernilai RM130,000 di Tanjung Bungah di sini, Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri Supt S. Batumalai berkata hasil risikan selama tiga bulan, polis menahan dua lelaki berumur 37 dan 45 tahun itu di rumah sewa mereka pada 10.30 malam semalam dan menemui 3.1kg ketamin dan 2,250 biji pil Eramin 5.

"Lelaki berusia 37 tahun itu tidak bekerja manakala rakannya bekerja sebagai buruh. Polis turut menyita sebuah kereta jenis Honda Civic, sebuah motosikal dan barangan kemas bernilai RM110,000," katanya dalam sidang akhbar di sini, Khamis.

Beliau berkata kedua-dua suspek ditahan reman sehingga 25 Disember ini.

Dalam kes berasingan, Batumalai berkata polis menahan seorang wanita bersama rakan lelakinya dan merampas 0.598kg dadah jenis ketamin dan 0.103kg dadah jenis syabu bernilai RM90,000 dalam serbuan di Air Itam, pukul 1.30 pagi Rabu.

Beliau berkata wanita berumur 51 tahun yang bekerja di kedai kopi di sini dan rakan lelakinya seorang tukang kayu berumur 35 tahun, ditahan sepasukan polis yang menyerbu sebuah rumah sewa di Air Itam.

"Polis turut merampas 1,100 biji pil Eramin serta 870 biji pil Ecstacy. Kesemua barang rampasan berada bersama suspek ketika serbuan di rumah berkenaan. Mereka juga positif dadah jenis syabu. "Berdasarkan kuantiti dadah yang dirampas, dadah berkenaan digunakan untuk dipasarkan di negeri ini, bukannya kegunaan sendiri," katanya.

Batumalai berkata wanita itu mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kes dadah dan kedua-dua suspek dipercayai terlibat dalam sindiket penjualan dadah.

"Kedua-dua suspek ditahan reman sehingga 25 Disember ini untuk siasatan lanjut," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan