Kolonel Tentera Ditahan Oleh SPRM Kali Kedua

Diterbitkan: Jumaat, 20 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang ahli patologi tentera ditahan kali kedua oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan menyalahgunakan aset kerajaan.

Kolonel Dr R. Kunaseegaran, 50 ditahan di Mahkamah Sesyen di sini ketika beliau hadir untuk sebutan semula kes pendakwaannya yang terdahulu pada pukul 9.30 pagi Khamis.

Dr Kunaseegaran ditahan selama lima jam sebelum dia dibebaskan.

Beliau dijangka akan didakwa atas kesalahan tersebut pada Jumaat.

Seorang jurucakap SPRM, berkata kolonel berkenaan disiasat di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan kerana tidak amanah serta salah guna harta.

Terdahulu Dr Kunaseegaran didakwa atas dua pertuduhan rasuah melibatkan wang berjumlah RM700,000 di Mahkamah Sesyen di sini pada September.

Tertuduh didakwa mencadangkan tiga syarikat untuk membekalkan ubat dan alat perubatan pakai buang ke sebuah hospital yang juga merupakan tempat dia bekerja.

Pada Disember 2012, dia juga didakwa bekerjasama secara tidak sah dalam satu perniagaan dengan Syarikat Genomed Sdn Bhd.

Dia dituduh melakukan kesalahan tersebut di pejabat Syarikat Genomed di Galeri Empire, Jalan Empayar off Persiaran Sultan Ibrahim KU1 di Klang pada 1 Januari, tahun lepas.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan