Gas Bocor, Tiga Pekerja Restoran Barat Di Sogo Cedera

Diterbitkan: Jumaat, 20 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga pekerja restoran makanan barat di pusat membeli-belah Sogo di sini, cedera selepas berlaku kebakaran, dipercayai akibat kebocoran gas di dapur restoran itu pada Jumaat.

Timbalan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa Imam Bukhari Susami berkata bomba menerima panggilan kira-kira 10 pagi dan menggerakkan enam anggota bersama sebuah jentera ke lokasi kejadian.

"Setibanya di situ, api telah dipadamkan menggunakan alat pemadam api yang terdapat di restoran itu.

"Kebakaran hanya berlaku di bahagian dapur dan tidak merebak di bahagian lain. Ketiga-tiga mangsa yang mengalami kesan melecur di beberapa bahagian badan, dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut," katanya.

Beliau berkata punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Sementara itu, seorang pekerja jualan di pusat membeli-belah berkenaan, Awatif Abdullah, 29, berkata beliau terdengar bunyi letupan beberapa kali dari arah restoran sebelum dimaklumkan berlaku kebakaran yang mengakibatkan tiga kakitangan restoran itu cedera. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan