Wanita Diragut Lebih RM27, 000 Di Hadapan Bank

Diterbitkan: Khamis, 19 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang wanita cedera dan kerugian lebih RM20,000 selepas diragut dua lelaki bermotosikal di hadapan sebuah bank di Jalan Bukit Ubi di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata, dalam kejadian 4.52 petang itu pekerja swasta yang berusia 20-an terbabit baru sahaja keluar dari bank berkenaan selepas menunaikan cek bernilai RM27,680.

Katanya sebaik sahaja mangsa keluar dari bank tersebut, dia tiba-tiba didatangi dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

"Dua peragut itu menolak mangsa sehingga terjatuh sebelum bertindak merampas beg tangan mangsa dan terus melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau berkata mangsa mengalami kecederaan di tangan akibat terjatuh selepas ditolak suspek.

Mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan di klinik berhampiran sebelum membuat laporan polis.

"Orang ramai yang berada di lokasi kejadian diminta tampil memberi kerjasama bagi siasatan kes ini mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan," kata Mohd Jasmani. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan