Seorang Lelaki Tempatan & 45 Warga Asing Ditahan Di Melaka - Berita Jenayah | mStar

Seorang Lelaki Tempatan & 45 Warga Asing Ditahan Di Melaka

Diterbitkan: Khamis, 19 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Jabatan Imigresen Melaka menahan seorang lelaki tempatan dan 45 warga asing atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Bersepadu 6P lebih lapan jam di tiga lokasi sekitar Melaka Tengah di sini pada Rabu dan pagi Khamis.

Timbalan Pengarah Imigresen (Kawalan) Melaka Abu Bakar Sidek Hasan berkata lelaki berusia lingkungan 27 tahun itu ditahan bersama 18 pelayan pelanggan (GRO) warganegara China di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya, Bandar Hilir.

Beliau berkata lelaki tempatan itu dipercayai merupakan juruwang di premis berkenaan dan ditahan kerana cuba menghalang anggota penguat kuasa menjalankan penangkapan.

"Ketika kami menahan kira-kira jam 2 pagi, berlaku sedikit ketegangan di mana anggota kami dikerumun oleh tonto yang cuba menghalang kami sehinggakan mengikut kami sehingga ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri di sini," katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata seorang pegawai juga diacah dengan pisau oleh seorang tonto yang cuba melindungi GRO ketika serbuan. Abu Bakar berkata 10 daripada wanita berkenaan cuba melarikan diri dari premis berkenaan namun berjaya ditahan anggota penguat kuasa.

Lelaki tempatan itu ditahan mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959 kerana menjadi pelindung kepada pendatang tanpa izin.

Beliau berkata warga asing lain yang ditahan membabitkan 22 orang warganegara Indonesia, Bangladesh (1), Pakistan (3) dan Myanmar (1) di dua lokasi lain di rumah kongsi dan tapak pembinaan di Teluk Mas dan Kota Laksamana.

Katanya operasi itu melibatkan 175 anggota terdiri daripada Jabatan Pendaftaran Negara, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Pertahanan Awam dan Rela. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan