Polis Ambil Langkah Proaktif Hentikan Rancangan Himpunan di Dataran Merdeka

Diterbitkan: Khamis, 19 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat rancangan untuk mengadakan perhimpunan haram yang didakwa akan diadakan pada malam Tahun Baru dan pihaknya akan mengambil langkah proaktif untuk menghalang kejadian itu daripada berlaku.

Menganggap ia sebagai ancaman kepada keselamatan negara, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan mengambil tindakan selannjutnya bagi memastikan perhimpunan berkenaan tidak akan dijalankan.

"Mereka telah membuat hebahan di Internet dan laman media sosial, namun kita masih lagi memastikan kesahihannya setakat ini," katanya pada sidang media di Bukit Aman pada Rabu.

Khalid menggesa orang ramai tidak menyertai perhimpunan yang dikenali sebagai, 'Himpunan Guling Kerajaan' yang diklasifikasikan sebagai haram.

Beliau berkata mereka yang terlibat dengan perhimpunan tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan bagi aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen serta Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- langkah Khas) 2012 (Sosma).

Khalid berkata pihak polis juga sedang mengesan individu yang gambarnya dipaparkan pada sepanduk mengenai perhimpunan tersebut, dan menggesanya tampil bagi membantu siasatan.

Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas menerima sumbangan bernilai RM30,000 daripada Persatuan Korea di Malaysia

Sumbangan disampaikan oleh persatuan berkenaan sebagai mewakili Duta Republik Korea ke Malaysia, Cho Byung-Jae.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan