Peluru Tercicir Semasa Banjir Ditemui Depan Rumah

Diterbitkan: Khamis, 19 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Penemuan enam butir peluru hidup pada Rabu dipercayai tercicir ketika banjir besar melanda kawasan perumahan di Bandar Baru Bukit Mentok di sini, mengejutkan penduduk.

Ketua Polis Daerah Kemaman Che Suza Che Hitam berkata peluru jenis .38 itu ditemui pukul 10 pagi di hadapan rumah seorang Sub-Inspektor Polis Marin yang bertugas di cawangan Kuantan.

Katanya, peluru itu dipercayai tercicir ketika kawasan perumahan berkenaan ditenggelami air selama beberapa hari dalam kejadian banjir besar yang melanda kawasan itu awal bulan ini.

"Peluru itu ditemui ketika penduduk berkenaan sedang membersihkan kediaman mereka," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Menurutnya dalam siasatan yang dijalankan, Sub-Inspektor berkenaan mengaku peluru itu miliknya yang tercicir di hadapan rumah sewanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan