171 Pati Ditahan di Tawau

Diterbitkan: Khamis, 19 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Sejumlah 197 individu ditahan dalam operasi bersepadu di perkampungan Sungai Buaya dan Sri Aman, Batu 3 Jalan Apas di sini, Khamis.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata setelah proses dokumentasi dijalankan, 171 pendatang tanpa izin diserah kepada Jabatan Imigresen kerana tiada dokumen pengenalan diri manakala selebihnya dibebaskan kerana memiliki dokumen yang sah.

"Dalam operasi itu, kesemua pendatang itu terdiri daripada 104 lelaki dan 67 wanita berumur sekitar 14 hingga 57 tahun dan lima daripada lelaki itu positif dadah," katanya.

Operasi itu bermula dari pukul 5.30 pagi hingga 8.30 pagi melibatkan polis dan Jabatan Imigresen. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan