Polis Tumpas Kumpulan Samun Dengan Penahanan Dua Lelaki

Diterbitkan: Rabu, 18 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Polis percaya dapat menumpaskan satu kumpulan samun di sekitar bandar raya ini selepas menahan dua lelaki di Bandar Selesa Jaya di sini dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Nusajaya Supt Noor Hashim Mohamad berkata kedua-dua lelaki yang berumur 28 dan 30 tahun itu ditahan di rumah mereka kira-kira pukul 5 pagi.

"Tindakan dilakukan selepas polis menerima laporan dari seorang wanita yang menyatakan dia disamun tiga lelaki ketika sedang menunggu bas sekolah bersama anaknya di hadapan rumah mereka di Taman Skudai Baru kira-kira pukul 5 pagi pada 19 Oktober lepas," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau berkata susulan penahanan itu, polis merampas pelbagai barangan yang dipercayai hasil samun termasuk beg tangan pelbagai jenama, beberapa rangkai kunci kereta dan rumah, sembilan telefon bimbit, seutas jam tangan, sebuah komputer riba dan sebuah kamera digital.

Beliau berkata turut dirampas ialah satu pasport, satu topi wanita berlambang 'Auxiliary Police' serta satu plastik lutsinar mengandungi ketulan dadah disyaki ganja.

Katanya berdasarkan siasatan awal, kedua-dua mereka mengaku terlibat dengan sekurang-kurangnya tujuh kes samun di sekitar kawasan Nusajaya dan Johor Baharu Utara sejak tiga bulan lepas.

"Modus operandi mereka adalah melakukan samun pada waktu pagi ketika mangsa mahu menghantar anak ke sekolah. Mereka yang bersenjatakan parang akan meluru ke arah mangsa lalu menarik mangsa masuk ke dalam rumah dan kemudiannya menyelongkar mencari barangan berharga," katanya.

Beliau berkata mereka kini direman sehingga Sabtu ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan tanpa senjata api.

Noor Hashim berkata polis sedang mengesan seorang lagi lelaki yang dikenali sebagai Ohm a/l Rengasamy yang bernombor kad pengenalan 830814-01-5117 dan beralamat terakhir di No 29, Jalan Berlian 5, Taman Damai Jaya, Kota Tinggi, bagi membantu siasatan. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan