Op Cantas Khas: Polis Sabah Tahan 111 Individu Di Perkampungan Air Semporna

Diterbitkan: Rabu, 18 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib (kanan) ketika melawat ke program derma darah anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kompleks Karamunsing di Kota Kinabalu, Rabu. -fotoBERNAMA
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib (kanan) ketika melawat ke program derma darah anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kompleks Karamunsing di Kota Kinabalu, Rabu. -fotoBERNAMA

KOTA KINABALU: Polis Sabah menahan sebanyak 111 individu, termasuk empat lelaki yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, dalam 'Op Cantas Khas' di sebuah perkampungan air di Semporna pada Ahad lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata empat lelaki berumur dalam lingkungan 21 hingga 34 tahun itu turut ditahan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 kerana memiliki bahan membuat bom ikan dalam operasi pukul 4 pagi itu.

"Sementara itu, 107 orang pendatang tanpa izin (PATI) yang ditahan, dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk disiasat di bawah Akta Imigresen," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program Derma Darah anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kompleks Karamunsing di sini, Rabu.

Hamza berkata pihaknya akan meneruskan operasi di kawasan-kawasan terpilih terutama di pulau dan perkampungan air di pantai timur Sabah selain 'Ops Gasak' di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bagi membersihkan PATI di sekitar Kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Mengenai program derma darah itu, Hamza menyifatkannya sebagai satu ibadah bagi mengangkat kerjasama dengan ATM melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) selain merapatkan hubungan mereka dengan orang awam. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan