Lelaki Cuba Bunuh Polis & Tetak Pesara Diarah Jalani Pemeriksaan Mental

Diterbitkan: Rabu, 18 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini memerintahkan seorang penghantar surat menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia sebelum hukuman dijatuhkan selepas dia mengaku bersalah terhadap tuduhan cuba membunuh seorang anggota polis dan menetak pesara, awal bulan ini.

Majistret Nur Azura Murah mengarahkan Rizlan Johan, 36, menjalani pemeriksaan di hospital berkenaan di Tanjung Rambutan, Perak dan menetapkan 16 Jan depan untuk sebutan kes bagi mendapatkan laporan perubatan.

Rizlan didakwa menyerang menggunakan sebilah parang dengan niat untuk menyebabkan kematian ke atas Mohd Faizal Dollah, 42, yang berpangkat Koperal di hadapan Restoran Muhibah, Jalan Bangsar di sini pada 10.39 pagi, 4 Disember lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.

Rizlan juga didakwa menyebabkan kecederaan ke atas Ahmad Yaakob, 59, dengan menetak mangsa di bahagian leher kiri menggunakan sebilah parang pada masa dan tempat yang sama.

Untuk kesalahan itu, Rizlan yang menghidap penyakit skizofrenia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Timbalan Pendakwa Raya Zhamaliah Mohamad Ismail memohon hukuman penjara dikenakan terhadap tertuduh atas alasan ia merupakan kesalahan serius yang boleh menyebabkan kematian kepada mangsa. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan