Empat Lelaki Warga Pakistan Disyaki Terlibat Kes Culik Ditahan

Diterbitkan: Rabu, 18 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis pada Isnin lepas menahan empat lelaki warga Pakistan kerana dipercayai terlibat dalam kes penculikan seorang penolong kanan sekolah di sini 17 November lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata kesemua suspek yang berusia antara 30 dan 40 tahun itu ditahan dalam serbuan di dua buah rumah di Jalan Maarof, Bangsar dan Jalan Ketumbar, Cheras Utama.

Beliau berkata dalam serbuan pertama kira-kira 3.20 petang di Jalan Maarof, polis menahan dua suspek sebelum menahan dua lagi di Jalan Ketumbar pada kira-kira 9.40 malam. "Keempat-empat mereka tiada pekerjaan tetap dan mempunyai pas lawatan masuk ke negara ini yang telah tamat tempoh," katanya pada sidang akhbar pada Rabu.

Ku berkata mangsa yang berusia 40-an diculik ketika bertemu suspek di sebuah rumah kosong di Cheras.

"Suspek dikenali (mangsa) melalui laman sosial Facebook dan dengan alasan ingin berkenalan rapat, mereka memperdaya mangsa untuk bertemu di sebuah rumah kosong di Cheras sebelum mengurung mangsa bagi mendapatkan wang tebusan RM5,000," kata Ku.

Katanya wang itu dibayar keluarga mangsa pada hari dia diculik dan esoknya mangsa dibebaskan dalam keadaan selamat.

Beliau berkata kesemua suspek yang direman mulai semalam hingga 30 Disember, dipercayai turut terlibat dalam beberapa kes penculikan lain.

"Polis mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dengan individu yang tiba-tiba memujuk untuk mengadakan perjumpaan di satu tempat setelah berkenalan di Facebook, kerana ia merupakan perangkap," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan