80 Pati Ditahan Di Dua Perkampungan di Tawau - Berita Jenayah | mStar

80 Pati Ditahan Di Dua Perkampungan di Tawau

Diterbitkan: Rabu, 18 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Seramai 80 Pendatang Tanpa Izin (PATI) termasuk tiga lelaki disyaki positif dadah ditahan dalam operasi bersepadu di Kampung Vietnam dan Kampung Sungai Buaya di sini, awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata dalam operasi selama tiga jam bermula pukul 5.00 pagi, seramai 50 lelaki dan 30 wanita berumur antara 15 hingga 56 tahun ditahan.

"Operasi itu disertai Jabatan Imigresen, sukarelawan polis, polis simpanan dan Sabah Electricity Sdn. Bhd (SESB)," katanya. Beliau berkata dalam operasi itu, pihak SESB turut melakukan tindakan memotong wayar elektrik rumah penduduk yang melakukan penyambungan secara haram.

Beliau turut menasihati orang ramai agar sentiasa menjaga harta benda masing-masing dan mengelak menjadi mangsa kehilangan kenderaan yang kerap berlaku di daerah ini. -BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan