Seorang Lelaki Dikhuatiri Maut, Lori Terjunam Ke Dalam Sungai

Diterbitkan: Selasa, 17 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENAMPANG: Seorang lelaki dikhuatiri maut setelah hilang selepas lori yang dinaiki terjunam ke dalam Sungai Moyog, di Kampung Baba, di sini, awal pagi Selasa.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Hafis, berumur 20 tahun bersama pemandu lori berkenaan Maximelian Lim Chong Hen, 26, sedang dalam perjalanan dari Donggongon ke Inobong.

Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Ratan Kumar Singh berkata, ketika melalui jambatan di sungai berkenaan, lori itu hilang kawalan sebelum melanggar pagar jambatan dan terjunam setinggi 6.4 meter ke dalam sungai.

Menurut Ratan, Lim berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi tebing manakala Hafis yang dipercayai tidak pandai berenang, hilang dibawa arus.

Hafis yang beralamat di Kepayan Ridge, Kota Kinabalu memakai baju 'T' merah, ketika kejadian, katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Penampang, Jamaluddin Hussin ketika dihubungi berkata laporan kejadian diterima pada pukul 3.41 pagi dan operasi mencari dan menyelamat terus dijalankan sehingga kini. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan