Kastam Rampas Dadah Bernilai RM116 Juta Setakat Ini - Ketua Pengarah

Diterbitkan: Selasa, 17 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 1,582.50 kilogram dadah bernilai RM116 juta menerusi 126 kes penyeludupan yang dipatahkan di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga Ahad lepas.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Khazali Ahmad berkata angka itu satu peningkatan berbanding 117 kes membabitkan rampasan 1,500 kg dadah bagi tempoh sama tahun lepas.

"Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mencatat angka tertinggi dengan 62 kes membabitkan 710.68 kg dadah bernilai RM46 juta," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pengarah-pengarah Kastam seMalaysia Ke-73, di sini Selasa.

Katanya pada 29 Nov lalu, JKDM KLIA mematahkan empat cubaan menyeludup masuk dadah dengan berat keseluruhan 7.748 kg bernilai RM1.42 juta, manakala Isnin lepas dua kes dicatatkan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).

"Dalam kes pertama pada pukul 2.30 pagi, kastam menahan seorang wanita warga China selepas pemeriksaan dalam bagasinya menemukan dadah jenis syabu seberat dua kilogram bernilai RM380,000. Suspek tiba dari Hong Kong.

"Kes kedua setengah jam kemudian, juga membabitkan seorang wanita China, juga membawa dua kilo syabu. Suspek tiba dari Macau," katanya.

Mengulas kes lain, Khazali berkata beliau belum dapat memastikan sama ada penangkapan 11 individu termasuk pegawai penguat kuasa oleh polis pada Sabtu lepas turut membabitkan pegawai kastam.

"Saya cuma dimaklumkan ada kenyataan media daripada polis mengenai penangkapan beberapa penguat kuasa dan saya tidak pasti sama ada ia turut melibatkan pegawai kastam.

"Kalau ada kita tidak akan berkompromi atau melindungi sesiapa. Kita akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak polis," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin pada Selasa yang dilapor berkata mereka ditahan kerana disyaki terbabit dalam penyeludupan dadah antarabangsa bernilai RM14 juta di KLIA. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan