Pemandu Maut Kereta Bertembung Lori

Diterbitkan: Isnin, 16 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Seorang pemandu maut apabila pacuan empat rodanya bertembung dengan lori kelapa sawit di Km 48, Jalan Labuk di sini tengah hari Isnin.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Rowell Marong berkata, mangsa yang dikenali sebagai Lo Sung Ming, 30, mati di tempat kejadian.

Beliau berkata, mangsa tersepit di dalam kenderaannya dan terpaksa dikeluarkan oleh pihak bomba dan penyelamat.

Mangsa dalam perjalanan ke arah Kota Kinabalu manakala lori tersebut datang dari arah bertentangan.

Rowell berkata, pemandu lori itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Saksi kejadian diminta tampil membantu pihak polis dengan menghubungi Balai Polis Trafik Sandakan di talian 08-9211222. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan