Dua Suspek Culik Bayi Direman Sehingga Khamis

Diterbitkan: Isnin, 16 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Dua wanita yang dipercayai terbabit dalam kes menculik dan menjual bayi berusia tujuh bulan di Air Itam di sini Khamis lepas, ditahan reman selama empat hari mulai Isnin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, ACP Mohd Nasir Salleh berkata, suspek terbabit yang berumur 43 dan 37 ditahun direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta denda, jika sabit kesalahan.

"Hasil risikan dan maklumat awam, dua wanita itu ditahan pada pukul 4.15 petang semalam di Terminal Bas Butterworth ketika mereka sampai dari Kuala Lumpur dengan menaiki bas ekspres," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Salah seorang daripada mereka mempunyai tiga rekod jenayah membabitkan kesalahan mencuri sementara seorang lagi yang bekerja sebagai pembantu kedai tidak mempuyai rekod lampau.

Nasir berkata, bayi perempuan berkenaan masih ditempatkan di sebuah hospital di sini akibat demam, bagaimanapun keadaannya dilapor stabil.

Beliau berkata, polis sedang menyiasat sama ada lelaki yang membeli bayi itu masih berhubung dengan dua wanita berkenaan selepas dia dibebaskan dengan jaminan polis Jumaat lepas.

Dalam kejadian itu, kedua-dua suspek dipercayai menculik bayi berkenaan setelah mereka mengunjungi rumah nenek mangsa di Air Itam dengan alasan mahu membawa bayi itu keluar bermain.

Nenek mangsa membenarkan bayi itu dibawa keluar kerana beliau mengenali salah seorang daripada wanita terbabit.

Bagaimanapun nenek itu mula mengesyaki sesuatu apabila suspek tidak muncul selepas 30 minit berlalu.

Sehari kemudian polis berjaya menyelamatkan bayi berkenaan yang telah dijual kepada seorang lelaki berusia 60-an yang tinggal di Balik Pulau dengan harga RM3,500. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan