Van Dinaiki Warga Emas & Anak Terbakar Di Atas Jambatan Sultan Mahmud

Diterbitkan: Ahad, 15 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Seorang warga emas dan anak perempuannya nyaris maut apabila van mereka tiba-tiba terbakar di atas Jambatan Sultan Mahmud di sini petang Sabtu.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 petang ketika Yahya Awang, 62, dari Pulau Duyong sedang dalam perjalanan ke rumah abangnya di Losong.

Beliau tidak menyedari perkara itu sehingga diberitahu pengguna jalan raya yang lain yang terlihat api di bawah vannya.

"Terkejut dimaklumkan perkara itu, saya lantas memberhentikan van saya di tepi jalan dan turun sebelum melihat api yang marak di bahagian letak kaki van saya.

"Saya segera menyuruh anak perempuan saya keluar dari van untuk menyelamatkan diri, bimbang akan berlaku letupan," katanya di tempat kejadian.

Van itu dilapor hangus terbakar.

Yahya berkata beliau sempat menyelamatkan buah kurma yang dibawa balik dari Makkah sebulan lalu untuk diberikan kepada abangnya.

Menurutnya van itu yang dimilikinya sejak 30 tahun lepas turut digunakan untuk ke Kota Baharu, Kelantan dua hari lalu.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Kuala Terengganu, Ahmad Fathi Abd Rahman berkata pihaknya menghantar sebuah jentera beserta tujuh anggota untuk membantu memadam kebakaran, sebaik diberitahu mengenai kejadian itu.

Turut berlaku kesesakan di atas jambatan ekoran kebakaran tersebut, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan