Lelaki Maut Disumpit

Diterbitkan: Ahad, 15 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JERANTUT: Seorang lelaki Orang Asli ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kejadian menyumpit seorang lelaki warga emas sehingga maut, dalam satu kejadian di Kampung Bangkong, dekat sini Jumaat lepas.

Suspek Orang Asli itu dikenali sebagai "Dolah" itu kini ditahan di ibu pejabat Polis Daerah Jerantut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail dalam kejadian itu mangsa Harun Mat Bakar, 79, mati akibat racun daripada damar (peluru sumpit) yang mengenai bahagian muka, leher dan bahu kirinya.

"Pada hari kejadian, mangsa yang pulang ke rumahnya di Felda Sungai Tekam Utara di sini pada jam 7.10 malam, memberitahu isteri dan anaknya yang dia telah disumpit," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Sebelum rebah, mangsa sempat memberitahu keluarganya yang dia telah disumpit oleh seorang lelaki bernama "Dolah".

"Mangsa kemudiannya rebah dan pengsan, anak mangsa membawanya ke Klinik Sungai Tekam Utara, sebelum dirujuk ke Hospital Jengka.

"Mangsa bagaimanapun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital itu," katanya.

Azid berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat kesan racun.

"Doktor mengesahkan terdapat kesan kecederaan kecil di bahagian muka, leher dan bahu kiri mangsa. Doktor mengesyaki mangsa mati akibat racun yang disumpit," katanya.

Beliau berkata suspek, 48, berjaya diberkas hari ini di rumahnya di Kampung Bangkong, dekat sini.

Pihak polis turut merampas barangan kes seperti sumpit dan damar.

"Suspek ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini, motif kejadian masih disiasat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan