Bayi Tidak Dirogol - Polis

Diterbitkan: Ahad, 15 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis mengetepikan kemungkinan bayi berusia sembilan telah dirogol oleh seorang remaja lelaki yang merupakan jiran keluarga mangsa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supritendan Fadil Marsus mengesahkan mereka mendapati tiada elemen jenayah dalam dakwaan yang dibuat oleh Malacca Action Group for Parents in Education

"Tiada elemen rogol atau penderaaan, namun kes ini masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Beliau juga enggan mengulas lanjut mengenai kes tersebut.

Dilaporkan sebelum ini ibu bayi tersebut yang berusia 27 tahun mendakwa dia menemui kesan darah pada lampin anak perempuannya ketika dia sedang menukar lampin anaknya di rumah mereka di Taman Desa Ria di sini pada malam Selasa.

Ibu mangsa terkejut apabila melihat darah berkenaan keluar daripada alat sulit anak perempuannya.

Bayi berkenaan berada di rumah jirannya pada pukul 8.30 malam, ketika kejadian dipercayai berlaku.

Ketika pemeriksaan dijalanakan di Hospital Kuala Lumpur, doktor mengesahkan kepada ibu mnangsa bahawa anak perempuannya mungkin telah dirogol.

Ibu mangsa kemudiannya membuat laporan di balai polis Dang Wangi pada malam yang sama.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan