80 Peratus Penyeludup Rokok Di Selangor Adalah Warga Asing

Diterbitkan: Ahad, 15 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seramai 80 peratus daripada 114 orang yang ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia Selangor kerana menyeludup rokok dari Januari hingga November, adalah warga asing.

Pengarahnya Badaruddin Mohamed Rafik berkata daripada jumlah itu 35 telah dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Kastam 1967.

"Sepanjang tempoh berkenaan juga, jabatan merampas rokok putih dan rokok kretek bernilai RM4.9 juta melibatkan cukai RM28.5 juta dalam 313 serbuan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Operasi Bersepadu Membenteras Rokok Seludup 2013 di sini Ahad.

Operasi yang akan diadakan selama dua minggu itu turut melibatkan Jabatan Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Selangor.

Beliau berkata pada tahun lepas, pihaknya melakukan 226 serbuan dan merampas rokok putih dan kretek bernilai RM8.4 juta melibatkan cukai bernilai RM26.6 juta.

Katanya, perbezaan nilai rampasan rokok dan cukai yang terlibat dalam serbuan pada tahun ini dan pada tahun lepas adalah kerana kerajaan telah menaikkan cukai rokok pada tahun ini. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan