Pelajar Politeknik Dungun Yang Hilang Ditemui Mati Lemas

Diterbitkan: Sabtu, 14 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Seorang pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin yang hilang di laut semasa mandi di Pantai Teluk Bidara di sini pada Jumaat ditemui lemas pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacob berkata mayat Mohd Hanif Jainuri, 18, dari Kampung Sri Dalam Senggarang, Johor dijumpai kira-kira pukul 7.50 pagi oleh pasukan penyelamat yang mencarinya sejak semalam.

Beliau berkata mayat pelajar tahun dua jurusan Diploma Kejuruteraan Automotif itu ditemui terdampar kira-kira 40 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas.

Semalam mangsa bersama 12 rakannya yang lain pergi ke pantai itu untuk mandi-manda apabila seorang daripada mereka Ahmad Syukri Eiman Romainor, 18, dari Sungai Besi, Kuala Lumpur turut menemui ajal akibat lemas.

"Selepas operasi mencari dan menyelamat dilakukan dalam tempoh kurang daripada 24 jam, kita berjaya mengesan mayat mangsa yang terdampar berhampiran batu di pantai berkenaan.

"Terdapat kecederaan pada kepala Mohd Hanif. Mayatnya dihantar ke Hospital Dungun untuk bedah siasat," katanya kepada Bernama. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan