KDN Dedah Pengedar Dadah Cuba Luas Kegiatan Ke Sarawak

Diterbitkan: Sabtu, 14 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mendedahkan terdapat pengedar dadah yang cuba meluaskan kegiatan mereka ke Sarawak.

Beliau berkata kecenderungan itu mungkin didorong oleh anggapan bahawa Sarawak kurang memberi perhatian kepada penguatkuasaan penyalahgunaan dadah.

"Kementerian Dalam Negeri (KDN) memantau perkara tersebut. Jika mereka beranggapan kurang penguatkuasaan di negeri ini, mereka tersilap kerana Sarawak adalah antara negeri yang terendah berkaitan salah guna dadah hasil penguatkuasaan yang telah dilakukan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan elaun sara hidup nelayan kepada 280 ahli Persatuan Nelayan Kawasan Buntal di sini, Sabtu.

Beliau yakin apabila Undang-undang Pencegahan Jenayah 2013 dilaksanakan kelak, penguatkuasaan lebih tegas akan berjaya dilakukan untuk membanteras kegiatan pengedaran dadah khususnya di Sarawak.

"Selain itu, melalui kerjasama antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan negara Asean seperti Brunei, Thailand serta Singapura, pendekatan untuk membanteras penyeludupan dadah di rantau ini akan lebih berkesan," katanya. Diminta mengulas tuduhan bahawa dakwaan berkaitan Syiah yang dibuat KD Nterhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu adalah kurang kukuh, Wan Junaidi berkata pendedahan itu dibuat selepas KDN mempunyai bukti kukuh.

"Walaupun PAS serta pemimpin tersebut menafikan dakwaan itu, namun hasil siasatan KDN, kita yakin kita mempunyai bukti yang mencukupi," katanya.

Tentang tindakan selanjutnya selepas pendedahan tersebut dibuat, beliau berkata ia akan diputuskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan