Suspek Kes Bunuh Ketua Penguatkuasa Jaip Didakwa Isnin Ini

Diterbitkan: Jumaat, 13 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Beberapa suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan ajaran sesat 'Tuhan Harun' akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan, Isnin ini, atas tuduhan membunuh Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Mohd Raffli Ab Malik pada 10 November lepas.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani mengesahkan perkara itu dan berkata, mereka akan menghadapi pertuduhan membunuh Mohd Raffli, 49, dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Isnin ini (dakwaan) akan dibuat di Mahkamah Majistret Kuantan, tunggu di mahkamah, mereka akan didakwa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada anggota polis yang terbabit banjir di sini, Jumaat.

Dalam laporan sebelum ini, polis mengesahkan suspek yang menembak mati Ketua Penguat Kuasa JAIP itu adalah antara 15 anggota kumpulan ajaran sesat 'Tuhan Harun' yang ditahan dalam beberapa siri tangkapan di seluruh negara baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini berkata, siasatan terperinci ke atas semua tahanan terbabit mendapati seorang daripada yang ditahan itu dipercayai suspek yang menembak mangsa, selain pistol yang dirampas juga berpadanan dengan jenis senjata yang digunakan dalam insiden berkenaan.

Mohd Raffli ditembak mati oleh seorang daripada tiga suspek yang datang ke rumahnya dan kes berkenaan dipercayai ada kaitan dengan kumpulan ajaran sesat itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan