Suri Rumah Rugi RM20 Ribu Dakwa Dipukau Dua Lelaki

Diterbitkan: Jumaat, 13 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ROMPIN: Seorang suri rumah mendakwa kerugian kira-kira RM20,000 apabila barang kemasnya hilang tanpa disedarinya selepas bertemu dengan dua lelaki ketika pulang dari pasar malam Khamis.

Wanita berusia 45 tahun dari Felda Keratong 3, dekat sini itu mendakwa dirinya seperti dipukau selepas dihampiri seorang lelaki yang bertanyakan lokasi sebuah rumah yang tidak diketahuinya.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya, dalam kejadian 6 petang itu, mangsa sedang menghidupkan enjin motosikalnya sebelum salah seorang suspek datang dan bertanyakan lokasi sebuah rumah, dalam loghat Sabah.

"Mangsa menjawab tidak tahu (lokasi rumah yang dicari itu). Seorang lagi lelaki (dipercayai suspek kedua) datang dari arah belakang mangsa dan mencelah dengan mengatakan dia tahu lokasi rumah tersebut.

"Suspek pertama mengucapkan terima kasih sebelum memberikan sebiji batu merah kepada mangsa dan juga lelaki yang membantunya (suspek kedua) sebagai tanda penghargaan," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Menurutnya, suspek pertama terus beredar manakala suspek kedua bertanya kepada mangsa kegunaan batu tersebut.

"Mangsa dan suspek kedua kemudiannya mengejar suspek pertama untuk mendapatkan maklumat tentang batu itu. Suspek pertama yang dapat ditemui itu mengatakan batu itu boleh dibuat ubat seperti penawar gigitan serangga dan sebagainya.

"Suspek memaklumkan batu itu perlu dibungkus dengan kain putih dan jika tiada, gantikan dengan wang kertas seringgit," katanya.

Johari berkata, mangsa kemudiannya menanggalkan semua barangan kemas yang dipakainya seperti rantai leher, gelang tangan dan cincin selepas dimaklumkan bahawa dia tidak boleh memakai barangan kemas.

"Mangsa menanggalkan semua barang kemas yang dipakainya dan memasukkannya ke dalam beg duitnya (mangsa)," katanya.

Sampai di rumah, mangsa mendapati barangan kemasnya 'bertukar' menjadi batu.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan