Polis Tumpas Geng Ah Boy Aktif Samun Dan Curi Kereta

Diterbitkan: Jumaat, 13 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Polis berjaya menumpaskan kumpulan samun dan curi kenderaan yang dikenali sebagai 'Geng Ah Boy' selepas tertangkapnya ketua kumpulan itu dalam satu serbuan pada 6 Disember lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Shafien Mamat berkata berdasarkan maklumat awal dan risikan, pihaknya menyerbu sebuah bilik hotel bajet di Simpang Ampat pada pukul 6 pagi.

"Dalam serbuan itu kita menahan empat lelaki termasuk ketua kumpulan berkenaan dan hasil pemeriksaan polis menemui sebuah kereta Toyota Altis yang dipercayai digunakan kumpulan berkenaan untuk menjalankan kegiatan samun.

"Pemeriksaan lanjut dalam kereta itu, kita turut menemui sebilah parang panjang dan sebatang rotan serta beberapa paket plastik lutsinar dipercayai mengandungi dadah jenis syabu," katanya pada sidang akhbar, di sini, Jumaat.

Katanya hasil siasatan lanjut polis berjaya menemui semula empat lagi kenderaan iaitu dua buah jenis Proton Perdana dan masing-masing sebuah Proton Waja dan Proton Satria yang dilaporkan hilang di Bukit Merajam, Tanjong Tokong dan Bandar Baharu Kulim, Kedah baru-baru ini.

Shafien berkata polis percaya kumpulan itu aktif menjalankan kegiatan samun dan curi kereta di sekitar daerah negeri ini.

"Kesemua kenderaan yang ditemui itu diletakkan di beberapa lokasi sekitar daerah ini dan hanya akan digunakan ketika mereka melakukan jenayah," katanya.

Beliau berkata siasatan juga mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes samun dan dadah, manakala ketua kumpulan yang berusia 33 tahun itu turut dikehendaki oleh polis berkaitan kes samun.

"Kesemua mereka berusia 20 hingga 36 tahun direman selama seminggu dan polis percaya dengan tertangkapnya mereka polis berjaya menyelesaikan beberapa kes samun dan curi kereta," katanya.

Beliau berkata usaha mengesan anggota kumpulan berkenaan giat dijalankan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan samun berkawan dan samun bersenjata. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan