Pelajar Politeknik Lemas Di Dungun, Seorang Lagi Hilang

Diterbitkan: Jumaat, 13 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahmad Syukrie
Ahmad Syukrie

DUNGUN: Keghairahan 13 rakan bermandi manda di Pantai Teluk Bidara di sini pada Jumaat berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka lemas manakala seorang lagi masih hilang.

Mereka merupakan pelajar tahun dua Diploma Kejuruteraan Automotif, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin yang pergi ke pantai berkenaan untuk menghabiskan cuti hujung minggu.

Mayat Ahmad Syukri Ieman Ramaino, 18, dari Sungai Besi, Kuala Lumpur ditemui orang ramai kira-kira pukul 9.40 pagi tadi, kira-kira 30 meter dari tempat kejadian.

Manakala Mohd Hanif Jainuri, 18, dari Kampung Sri Dalam Senggarang, Johor masih belum ditemui sementara operasi mencari dan menyelamat oleh pihak bomba Dungun, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia serta polis sedang giat dilakukan.

Menurut salah seorang rakan mereka, Mohd Hafizi Abd Manaf, 18, kumpulan itu pergi ke pantai dengan menaiki motosikal dan hanya 11 orang daripada mereka yang turun untuk mandi.

Beliau berkata mereka hanya mandi selama setengah jam sebelum membuat keputusan untuk bermain pasir di pantai.

"Ketika itu hanya kami berlapan yang naik manakala tiga yang lain masih mandi. Ketika sedang bermain pasir, saya terdengar salah seorang daripada tiga rakan kami itu menjerit meminta tolong.

"Bila berpaling ke arah suara itu, kami melihat tiga rakan kami itu sedang terkapai-kapai sebelum kami berlari untuk menyelamatkan mereka," katanya.

Hanya salah seorang dari mereka yang hampir lemas yang berjaya diselamatkan iaitu Mohd Farhan Beig Shamsuri manakala dua lagi rakannya hilang dari pandangan, katanya.

Ketua Polis Daerah Dungun Ahmad Zailani Yaacub berkata kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa yang hilang mengalami sedikit kesukaran ekoran ombak kuat setinggi hampir dua meter. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan