47 Ditahan Dalam Ops Tiong

Diterbitkan: Jumaat, 13 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 44 warga asing dan tiga warga tempatan ditahan bagi pelbagai kesalahan imigresen dan penipuan Internet dalam Ops Tiong di 10 buah rumah kedai di Taman Sri Kuching, Kepong di sini awal pagi Jumaat.

Timbalan Pengarah Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof berkata mereka terdiri daripada 37 warga Nigeria, empat warga Afrika, seorang warga Ghana, dua warga Filipina dan tiga orang rakat tempatan.

"Mereka adalah 36 lelaki dan 11 wanita yang kesemuanya berusia antara 20 dan 45 tahun," katanya kepada pemberita selepas operasi lima jam itu.

Operasi itu yang bermula pada 12.30 tengah malam disertai 242 pegawai dan anggota polis serta 40 pegawai dan anggota Imigresen. Mohd Rodwan berkata daripada jumlah itu, seramai 22 orang ditahan kerana kesalahan jenayah komersil membabitkan penipuan siber, African scam, parcel scam dan black money.

Seramai 25 orang lagi diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut kerana kesalahan berkaitan visa dan dokumen perjalanan.

"Polis turut merampas 11 unit komputer riba, 10 telefon bimbit dan wang tunai RM500 dalam operasi itu," katanya.

Mengenai sindiket penipuan Internet, beliau berkata modus operandi yang digunakan ialah dengan menjerat wanita tempatan menerusi 'perangkap cinta' sebelum mengumpan mereka melakukan pemindahan wang.

"Mangsa yang percaya dengan ayat-ayat cinta warga asing ini akan memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun suspek dan hanya menyedari ditipu selepas suspek gagal dihubungi," katanya.

Menurutnya kebanyakan suspek juga menyalahgunakan pas lawatan dan mengubah suai pas pelajar mereka.

Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menipu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan